Muqadimah

Isnin, 14 November 2011

Seronok Buat Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Seronokkah buat blog? Apakah perasaan anda? Bagi saya buat blog memberi satu pengetahuan baru dalam berbagai-bagai ilmu ICT. Seronok memang seronok. Timbul bibit-bibit kepuasan dalam diri bila akhirnya sebuah blog usaha diri sendiri berjaya dihasilkan. Walaupun kualiti persembahan blog belum memuaskan, bahan-bahan pengisian masih kurang namun ia tetap memberi kepuasan. Tambahan apabila berjaya menempelkan widget-widget, flashbanner, stats dan sebagainya.

Belajar buat blog dengan cara melayari internet, mencari widget-widget yang sesuai, belajar bagaimana hendak menukar format word kepada pdf dan pelbagai lagi sememangnya amat mencabar. Mungkin bagi orang yang ada guru di sisi atau pakar ICT mereka memandang remeh tetapi bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan blog ini adalah satu usaha yang amat besar. Memerlukan pengorbanan masa, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Rasanya ramai kawan-kawan menghadapi situasi sepertiku. Kepada rakan-rakan teruskan usaha. Kita kena banyak bersabar dan rajin-rajinlah meneroka internet. Di dalamnya pelbagai khazanah ilmu yang ada.

Pengisian bahan di dalam blog, buatlah secara sedikit-sedikit. Lama kelamaan bahan akan bertambah.

Yang pasti aku semakin jatuh cinta dengan blog.

Khamis, 10 November 2011

CARA MEMBUAT ORIGAMI BURUNG TWITTER

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Bagaimana membuat origami? Ini adalah video yang diambil dari youtube mengenai cara membuat origami burung twitter. Selamat menonton.

CARA MEMBUAT ORIGAMI RAMA-RAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Kawan-kawan, jadi cikgu seni mesti kena tahu buat origami. Sekurang-kurangnya kena tahu satu atau dua cara buat origami. Murid-murid sekolah cukup berminat buat origami. Ini adalah video yang diambil dari youtube mengenai cara-cara membuat origami rama-rama. Selamat menonton.

Rabu, 9 November 2011

RPH DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1

Rph Dunia Seni Visual Tahun 1[1]

Selasa, 8 November 2011

Taklimat Penataran KSSR Thn 1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera;

Pada 18 Julai 2011, buat pertama kali dalam sejarah hidup sebagai guru, aku kena menyampaikan Taklimat Penataran KSSR DSV Tahun 1. Nak Demam rasanya memikirkan hal ini. Rasa tak yakin boleh menjadi penyampai yang baik. Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan terlalu panjang dan banyak. Setelah memikirkan apa yang terbaik perlu dibuat, maka bahan-bahan yang diberikan oleh LP diedit agar memudahkan diri dalam penyampaian maklumat kepada guru-guru lain. Kepada mereka yang melihat slide ini, mohon maaf sekiranya ada kekurangan, kelemahan dan tidak menepati kehendak anda.


Bahasa Seni

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Apakah Bahasa Seni? Bagi guru-guru yang opsyen seni, soalan ini adalah terlalu mudah tetapi bagi guru bukan opsyen...fuhhh berpeluh-peluh nak menjawab. Sebenarnya semua orang tahu cuma istilah 'bahasa seni' itu yang buat tak faham. Di sini aku postkan slide bahasa seni yang telah aku bina semasa pembentangan Taklimat Penataran KSSR Tahun 1.

STANDARD KANDUNGAN KSSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera:

Kepada guru-guru DSV ini adalah Standard Kandungan KSSR yang telah diringkaskan oleh saya berdasrkan pemahaman saya. Standard Kandungan ini merujuk kepada Standard Kandungan yang dibekalkan oleh KPM. Standard Kandungan ini direka semasa saya kena menyampaikan Taklimat Penataran KSSR DSV Tahun 1. Untuk mengelakkan guru-guru jemu dan bosan saya gunakan ilustrasi animasi untuk menarik perhatian mereka.