Muqadimah

Khamis, 24 Mei 2012

BORANG PENTAKSIRAN KSSR DSV TAHUN 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Bagaimana anda mengajar KSSR DSV T2 pada tahun ini? Menyeronokkan? Apa-apapun semoga anda dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dalam transformasi pendidikan negara masa kini. Bagaimana anda menilai murid anda? Bagaimana dengan instrument? Bagaimana dengan pentaksiran? Kat bawah ni saya tunjukkan contoh borang pentaksiran.

Untuk melayakkan murid kita mendapat band 6, maka perlu ditanda kesemua descriptor dan evidence dalam petak yang disediakan. Rasa-rasanya setakat bulan ini (Mei) belum ada lagi murid mampu dapat band 6.

Ok..kepada rakan yang nak cetak borang ini, sila klik di sini.

Isnin, 21 Mei 2012

ISTILAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR

ISTILAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR


Kepada rakan-rakan yang masih kabur mengenai istilah dalam bidang menggambar, bolehlah merujuk kat sini. Andai ada kesilapan atau kesalahan harap-harap rakan yang mahir dapat memperbetulkannya.

LUKISAN

Semua orang tahu, lukis ajelah.

CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Jenis warna yang popular ialah warna poster, warna air, cat akrilik, cat tempera, cat minya dan sebagainya. (Alaa, kira mewarna kat kertas lukisan kea tau buat mural kat dinding).

KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Kebiasaan bahan yang digunakan adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan perca kain.

MONTAJ
Menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.

CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.

GOSOKAN
Dalam bahasa yang mudahnya, letakkan kertas lukisan diatas apa-apa permukaan, ambil warna (biasanya kat sekolah rendah, warna pensil) kemudian gosokkan.
Diantara teknik-teknik gosokan ialah;

1.
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
2. Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
3. Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
4. Gosokan secara pusingan
5. Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
6. Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.

RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.

PERCIKAN
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.

MOZEK
Menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.

BAGAIMANA MENILAI HASIL KARYA SENI MURID?

BAGAIMANA HASIL KARYA MURID DINILAI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana hasil karya murid anda dinilai? Apakah mengikut criteria yang diperlukan atau mengikut citarasa anda? Adakah penilaian yang dibuat berdasarkan pengetahuan atau berdasarkan apa yang kita tahu?

Di sini saya berkongsi sedikit pengetahuan tentang penilaian hasil karya. Kalau ada penambahbaikan daripada kawan-kawan, sila coretkan pada ulasan. Semoga kita dapat berkongsi ilmu.

Tujuh kriteria penilaian karya visual kanak-kanak berdasarkan:

1. Subjek Matter- iaitu mengemukan subjek mengikut kehendak tugasan dan dapat menjelaskan subjek dengan olahan salam lukisan ataupun hal benda yang diutarakan oleh pelukis.

2. Variasi Objek Dan Representasi Objek -Terdapat pelbagai objek di atas kertas atau kerap mengulang-ulang objek yang sama dan setelah beberapa kali melukis tetap melukis objek yang sama dengan kadar saiz yang agak sama dan setara

3. Kelancaran Garisan – apakah lancar atau tersekat-sekat (menunjukkan rasa takut, teragak-agak, terlalu bergantung kepada orang disebelahnya). Jenis-jenis garisan seperti garisan tebal, garisan kasar, garisan nipis, garisan berlingkar, garisan berbulu, garisan pancaran, garisan beralun, garisan zig-zag, garisan putus-putus, garisan beralun, garisan berduri, dan sebagainya.

4. Penguasaan Ruang- adakah murid tahu apa yang hendak dilukis? apakah lancar pemikirannya? tahu apa yang hendak dilukis? dan dapat menghubungkan pemikiran dengan hasil di atas kertas. Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Contohnya objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.

5. Pengolahan Keseluruhan Kertas – adakah murid menghasilkan karya pada keseluruhan kertas atau hanya tertumpu kepada sebahagian ruang sahaja?

6. Ekspresi- apakah murid-murid menghasilkan karya mengenai dirinya, fantasinya,atau pengalamannya terhadap sesuatu yang dilukis. Ekspresi ini dapat menggambarkan kecerdasan emosi kanak-kanak tersebut.

7. Kreatif Dan Menunjukkan Proses Kreatif – Apakah idea murid ini kreatif. Hasil menunjukkan keaslian.