Muqadimah

Isnin, 21 Mei 2012

BAGAIMANA MENILAI HASIL KARYA SENI MURID?

BAGAIMANA HASIL KARYA MURID DINILAI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana hasil karya murid anda dinilai? Apakah mengikut criteria yang diperlukan atau mengikut citarasa anda? Adakah penilaian yang dibuat berdasarkan pengetahuan atau berdasarkan apa yang kita tahu?

Di sini saya berkongsi sedikit pengetahuan tentang penilaian hasil karya. Kalau ada penambahbaikan daripada kawan-kawan, sila coretkan pada ulasan. Semoga kita dapat berkongsi ilmu.

Tujuh kriteria penilaian karya visual kanak-kanak berdasarkan:

1. Subjek Matter- iaitu mengemukan subjek mengikut kehendak tugasan dan dapat menjelaskan subjek dengan olahan salam lukisan ataupun hal benda yang diutarakan oleh pelukis.

2. Variasi Objek Dan Representasi Objek -Terdapat pelbagai objek di atas kertas atau kerap mengulang-ulang objek yang sama dan setelah beberapa kali melukis tetap melukis objek yang sama dengan kadar saiz yang agak sama dan setara

3. Kelancaran Garisan – apakah lancar atau tersekat-sekat (menunjukkan rasa takut, teragak-agak, terlalu bergantung kepada orang disebelahnya). Jenis-jenis garisan seperti garisan tebal, garisan kasar, garisan nipis, garisan berlingkar, garisan berbulu, garisan pancaran, garisan beralun, garisan zig-zag, garisan putus-putus, garisan beralun, garisan berduri, dan sebagainya.

4. Penguasaan Ruang- adakah murid tahu apa yang hendak dilukis? apakah lancar pemikirannya? tahu apa yang hendak dilukis? dan dapat menghubungkan pemikiran dengan hasil di atas kertas. Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Contohnya objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.

5. Pengolahan Keseluruhan Kertas – adakah murid menghasilkan karya pada keseluruhan kertas atau hanya tertumpu kepada sebahagian ruang sahaja?

6. Ekspresi- apakah murid-murid menghasilkan karya mengenai dirinya, fantasinya,atau pengalamannya terhadap sesuatu yang dilukis. Ekspresi ini dapat menggambarkan kecerdasan emosi kanak-kanak tersebut.

7. Kreatif Dan Menunjukkan Proses Kreatif – Apakah idea murid ini kreatif. Hasil menunjukkan keaslian.

2 ulasan:

  1. saya ingin bertanya, adakah sebuah lukisan kanak-kanak boleh dinilai sama dengan hasil seni lukis orang dewasa?

    BalasPadam
  2. Tidak sama kerana penilaian kepada orang dewasa lebih kepada proses kreatif, membuat keputusan, komposisi dan sebagainya.

    BalasPadam