Muqadimah

Sabtu, 5 Januari 2013

Salam 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berjumpa lagi dalam tahun 2013. Semoga anda semua sihat fizikal dan mental serta ceria menempuhi hari ini dan hari mendatang. Selamat kembali bertugas. Maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Terlalu sibuk dengan tugasan lain. Tidak terdaya untuk memasukkan entri-entri baru ke dalam blog.

Insyaallah saya akan cuba memasukkan info-info berkaitan dengan Dunia Seni Visual sedikit masa lagi terutamanya berkaitan KSSR dan Rancangan Tahunan berdasarkan takwim 2013. Harap sabar menanti.

Kepada guru-guru seni di sekolah ini, pastikan anda membuat RPH yang selaras. Boleh rujuk RPH 2012. Sekarang kita ada GB baru jadi kena ikut rentak baharu. Zaman GB lama sudah berlalu. Diucapkan selamat datang kepada GB baharu dan UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA GB SEBELUMNYA CIKGU ZAKARIA ISMAIL. JASAMU DIKENANG. PELBAGAI KENANGAN MANIS, PAHIT, SUKA DAN DUKA TELAH DITEMPUH BERSAMANYA.

Terkejut juga mendengar berita perpindahan Cikgu Zakaria namun apa boleh buat, sudah adat dalam pekerjaan ini. Kita yang menurut perintah. Patuhi ajalah walaupun suka atau tidak.

Kepada rakan-rakan yang mengajar subjek Dunia Seni Visual dan Pendidikan Seni Visual, diharapkan anda dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. Bersama-sama kita berkongsi ilmu yang ada.

Semoga berjumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan