6.0 TEORI SOSIO-KONSTRUKTIVISME
Teori Sosio-konstruktivisme dapat
memperkaya ilmu dan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran, serta
menjadi a critical departure from our past practice (Raphael dan
Hilbert, 1996:9) supaya guru lebih berupaya untuk melahirkan generasi muda yang
terampil berbahasa sesuai dengan aspirasi negara.
|
Teori Sosio-konstruktivisme diasaskan oleh Leo Vygotsky (gambar), ahli
psikologi Rusia. Beliau telah melontarkan ideanya sebelum meninggal pada usia
38 tahun dan ideanya telah diterjemahkan dalam buku Though and Language pada
1962 namun demikian pengaruh Piaget melalui Teeori Perkembangan Kognitif
telah menenggelamkan idea Vygotsky.
|
Idea Vygotsky mula mendapat perhatian
apabila Mind in Society iaitu judul daripada nota-notanya diterbitkan
pada 1978. Jerome Bruner, Courtney Cazden, dan Michael Cole merupakan diantara
tokoh ahli psikologi barat yang mendukung idea beliau. Gavalek (1986)
menyatakan beliau tidak terkejut apabila teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
tidak mendapat perhatian pendidik namun demikian menurut Rowe (1991), teori ini
telah mendapat tempat dan berkembang pesat di Barat.
Individu mendapat ilmu pengetahuan
melalui komunikasi dan interaksi dengan persekitaran mereka. Pembelajaran yang
mementingkan domain afektif, interaktif, bersifat sosiobudaya dan menyeluruh
adalah antara disiplin ilmu. Interaksi adalah media dalam pembentukan
pengetahuan. Wells dan Chang-Wells (1992), menyatakan pendekatan ini melihat
proses pembelajaran dalam perspektif yang lebih luas dan menyeluruh.
Aliran Pemikiran Teori Perkembangan Kognitif
Vygotsky
Melalui teori Sosio-konstruktivisme,
kanak-kanak dipercayai mempunyai kebolehan dan berpotensi mencari pengalaman
atau meneroka sesuatu yang bermakna di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, kita
melihat kanak-kanak suka bermain dan tidak boleh duduk diam. Perkembangan
kognitif mereka berlaku apabila mereka aktif dan berinteraksi dengan alam
persekitaran dan sesama manusia.
Dalam hubungan ini, teori ini percaya
bahawa kegiatan mental yang tinggi (termasuk membaca dan menulis) dipengaruhi
oleh sosiobudaya dan ahli sesuatu budaya yang lebih berilmu dapat membantu
kanak-kanak dalam pembelajaran ( Mc Carthy dan Raphael, 1992). Keadaan ini
boleh berlaku kerana kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan belajar
sebenarnya sudah canggih dalam struktur yang tersendiri walaupun berlainan
daripada orang dewasa (Egan, 1987). Jelaslah bahawa andaian ini melihat pelajar
sebagai individu yang aktif, berpotensi dan berkeinginan tinggi untuk mengenal
serta membentuk makna daripada keadaan di sekeliling mereka.
Persekitaran sosial yang mengelilingi
pelajar (rakan-rakan dan guru) merupakan unsur yang bersifat interaktif dengan
pelajar dalam proses pembentukan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran. Dalam
hubungan ini, guru menjadi pemangkin yang menggalakkan interaksi antara pelajar
dan juga antara guru dengan pelajarnya. Kepentingan aspek sosial dalam teori
ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan andaian pembelajaran progresif
yang dilandasi oleh teori Piaget, tetapi jauh bertentangan dengan andaian
pendekatan tradisional yang diasakan oleh teori behaviourisme yang tidak
mementingkan unsur social.
Piaget percaya kanak-kanak perlu
menjelajah persekitarannya untuk membentuk pengalaman yang berstruktur sifatnya
(Wells dan Chang Wells, 1992) yang kemudian nanti menjadi asas pembelajaran. Cotton
(1995), mengatakan bahawa proses pembelajaran dikatakan berstruktur kerana
kanak-kanak terikat oleh empat tahap pertumbuhan mandatori yang turut
berstruktur sifatnya iaitu sewaktu kelahiran hingga 2 tahun (peringkat
deria-motor), usia 2 hingga 6 tahun (peringkat praoperasi), usia 7 hingga 11
tahun (peringkat operasi konkrit) dan 12 tahun ke atas (peringkat operasi
formal).
Empat tahap pertumbuhan berstruktur Piaget
Oleh yang demikian, pengajaran dan
pembelajaran perlu dilaksana secara progresif, tahap demi tahap bermula dengan
tahap paling rendah. Untuk peringkat seterusnya, kanak-kanak dikatakan perlu
mempunyai penguasaan dalam tahap sebelumnya bagi membolehkannya menangani tahap
yang seterusnya. Keadaan ini kurang menggalakkan pertumbuhan kognitif
kanak-kanak secara bebas dan meluas sekiranya mereka mempunyai kemampuan.
Proses pembelajaran
sosio-konstruktivisme adalah aktif dan
interaktif yang mana melibatkan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid. Murid perlu mencari ilmu pengetahuan melalui
interaksi dengan rakan, guru dan persekitan mereka. Murid tidak boleh hanya
menjadi penerima maklumat tanpa meneroka atau mencari maklumat itu sendiri.
Dalam proses ini, pelajar boleh
mengetengahkan kepercayaan atau idea mereka untuk dikritik, kemudian memberikan
rasional untuk mempertahankan pendirian dan kepercayaan mereka. Pada masa yang
sama, pelajar menilai ideanya berasaskan pandangan dan pendapat rakan-rakan.
Hasil daripada itu, terbentuk suatu kefahaman yang berasaskan persetujuan bersama. Kepercayaan
atau kefahaman yang sebegini tentu sekali mempunyai peluang yang lebih banyak
untuk membentuk makna yang memiliki kebenaran berbanding dengan kepercayaan
yang terbentuk tanpa pandangan orang lain.
6.1 MENGAPLIKASI TEORI SOSIO-KONSTRUKTIVISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI.
Apresiasi merupakan satu elemen penting dalam pengajaran
Seni Visual. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dalam pelbagai aktiviti
kehidupan dapat diapresiasikan dalam pendidikan seni. Melalui aktiviti seni, murid dapat menyatakan
apa yang didapati oleh pancainderanya, murid juga dapat membandingbezakan hasil
kerja dan pernyataan boleh dinyatakan secara lisan, bercerita, nyayian dan
sebagainya.
Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk
membuat apresiasi. Misalnya aktiviti origami iaitu menghasilkan katak, murid boleh menceritakan mengenai katak dan
mengeluarkan bunyian katak. Guru juga boleh menyelitkan unsur nyanyian seperti
lagu ‘bangau oh bangau’ yang mana didalam liriknya ada kaitan dengan katak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan