Muqadimah

Selasa, 3 September 2013

PENGAJARAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN MULTI DISIPLIN


Pendekatan Multi Disiplin menggunakan banyak ahli dari berbagai disiplin ilmu bekerjasama dalam sebuah program penelitian untuk memecahkan masalah. Pendekatan ini meninjau suatu masalah dari beberapa disiplin ilmu. Pendekatan Multi Disiplin dianggap mampu menyederhanakan persoalan dan memecahkan masalah yang semula dianggap tidak mungkin di selesaikan

Pendekatan multi disiplin sudah lama berkembang. Salah satu kelompok yang terkenal dengan pendekatan multidisiplin ini adalah Santa Fe Institute (SFI) yang ditubuhkan pada tahun 1984 di New Mexico, Amerika Serikat. SFI bermatlamat untuk menyatukan berbagai bidang ilmu pengetahuan, termasuk matematik, komputer, fizik, kimia, biologi, neurobiologi, imunologi, ekologi, arkeologi, bahasa, ekonomi, kewangan, politik, sejarah, komunikasi, teknik manufaktur, ilmu angkasa dan sebagainya. Murray Gell-Mann, pemenang Nobel Prize pada tahun 196 menunjukan bahwa berbagai disiplin ilmu yang berbeza itu dapat dikaitkan satu sama lain menjadi suatu kesatuan. Manfaatnya pun sangat jelas, iaitu didapatkannya jalan keluar yang paling sederhana dari masalah-masalah yang paling rumit dan kompleks.

PENGAJARAN KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

 

Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

 

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

 

i.      Alat Domestik

ii.    Alat Permainan



v.    Batik

vi.   Tekat

vii.  Ukiran

viii.Tenunan

ix.   Anyaman

x.    Tembikar

PENGAJARAN REKAAN DAN CORAK

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. 

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Motif terdiri daripada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan seperti bentuk flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada motif secara bebas atau terancang. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
 

1. CORAK TIDAK TERANCANG
 
a. Pualaman
b. Tiupan
c. Titisan
d. Ikatan dan Celupan
e. Renjisan
 

2. CORAK TERANCANG

a. Lukisan
b. Catan
c. Cetakan
d. Capan
e. Lipatan dan Guntingan
f.  Resis
g. Kolaj
h. Kaligrafi

PENGAJARAN MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi.  Bidang ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga member peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.  Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Bidang ini bertujuan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan.
 

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan dan alat. Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan seperti tanah liat,tepung, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan, antaranya ialah:

i.     Teknik Picitan
ii.    TeknikLipatan
iii.   Teknik Potongan
iv.   Teknik Cantuman
v.    Teknik Pembungkusan
vi.   Teknik Guntingan
 

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

i.     Arca timbul
ii.    Asemblaj
iii.   Mobail
iv.   Stabail
v.    Model
vi.   Diorama
vii.  Boneka
viii.Topeng
ix.   Origami

PENGAJARAN MENGGAMBAR


Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkandiatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melaluiaplikasi warna diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan denganlebih jelas tentang sesuatu objek. Bidang ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur,imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yangdijalankan dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,resis, percikan dan mozek. Pengetahuan asas yang diperlukan sebagai persediaan untuk menggambar termasuk:

 

i.      asas seni reka

ii.    perspektif

iii.   teknik memilih sudut pandangan

iv.   teknik mengukur objek mengikut kadar

v.    hubungkait antara cahaya, bayang, dan bentuk

Asas seni reka merangkumi prinsip, unsur seni, dan struktur rekaan. Kefahaman yang mendalam tentang asas seni reka membolehkan pelukis menghasilkan karya lukisan yang sempurna dan bermutu tinggi. Pemahaman mengenai perspektif amat penting kerana perspektif adalah berbeza apabila objek dilihat dalam kedudukan yang tidak sama. Terdapat tiga jenis perspektif yang sering diaplikasikan dalam lukisan iaitu perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap, dan perspektif tiga titik lenyap.

PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.Masalah dimaksudkan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara, soal ataupun soalan yang memerlukan jawapan. Charles dan Lester (1987) mengklasifikasikan masalah kepada dua jenis iaitu masalah rutin dan masalah bukan rutin. Manakala Krulik dan Rudnick (1980) pula mendefinisikan masalah sebagai kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian akan tetapi cara penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Seterusnya, Krulik dan Rudnick memberikan tiga syarat bagi menentukan kewujudan sesuatu masalah kepada seseorang individu. Syarat-syarat itu ialah;

i.      Mesti terdapat matlamat yang jelas untuk dicapai oleh individu yang bermasalah itu.

ii.    Mesti terdapat halangan terhadap cara pencapaian tujuan itu.

iii.   Matlamat dan halangan itu mendorong seseorang individu untuk meninjau kaedah bagi memecahkan halangan kea rah mencapai matlamat tersebut.

Penyelesaian masalah merupakan satu aktiviti yang kompleks yang melibatkan pengingatan semula fakta yang telah dipelajari, penggunaan pelbagai kemahiran, memerlukan kecemerlangan berfikir secara kreatif dan kritis dan penggunaan pelbagai prosedur (Siti Khazimah, 2001) 

Gagne (1985) mentakrifkan penyelesaian masalah sebagai sintesis peraturan dan konsep tertentu untuk menghasilkan kemahiran berfikir peringkat tinggi yang dapat digunakan untuk menangani keadaan bermasalah. Definisi yang dimajukan oleh Gagne adalah berlandaskan teori pemprosesan maklumat.

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:

1. Kenal pasti dan faham masalah

2. Jelaskan masalah

3. Cari alternatif penyelesaian masalah.

4. Lakukan operasi penyelesaian.

5. Nilaikan penyelesaian

PENGAJARAN MERANGSANG PEMIKIRAN VISUAL


Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid.  

Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti murid dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan murid dengan apresiasi terhadap karya-karya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada murid. Kritikan negatif akan menurunkan motivasi dan melemahkan emosi murid.
 

Dalam teori model 4 Kuadran otak, Ned Hermann (1986) telah membahagikan otak manusia menjadi 4mpat kuadran pilihan berpikir iaitu Belahan Otak Kiri (A), Sistem Limbik Kiri (B), Sistem Limbik Kanan (C), dan Belahan Otak Kanan (D). Setiap kuadran memiliki pilihan berfikir (thinking preferences) yang berbeza. Cara fikir Kuandran D adalah  untuk pemikiran visual, menyeluruh, intuisi, inovatif, konseptual, dan imaginative.
 
Teori Model 4 Kuadran Otak
 
DEFINISI PEMIKIRAN VISUAL ( VISUAL THINKING)
 
 
1.     Menurut Zhukovskiy V. I. & Pivovarov D. V. (2008), pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil buah fikiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan sesorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi suatu terjemahan yang bersifat ilmiah.

 
2.    Arnheim (1969) dan Goodman (1968), kedua-dua menegaskan tentang kelainan domain pemikiran yang menuntut kepada bentuk ekspresi yang berbeza dalam aktiviti seni.  Pemikir-pemikir bersepakat dalam menyatakan betapa tidak mungkin bagi seseorang memindahkan pemikiran dari satu bentuk kepada bentuk yang lain tanpa distorsi. Bagi Arnheim dan Goodman, pemikiran visual dan verbal meskipun sama tetapi ada kelainan.
 
3.   Sword L.K. (2005), mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsur abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual.
 
4. Gardner (1983) menjelaskan kefungsian seni hampir menyamai pemikiran yang sebelumnya, teori pelbagai kecerdasannya yang terbukti berfaedah kepada para guru seni mampu menawarkan sokongan dalam menyediakan justifikasi terhadap kesamaan seni, meskipun juga menekankan adanya aspek kelainan dari segi pemikiran dan komunikasi dalam penglibatan.
 
5. Mike Bradshaw (2002) membuat takrifan pemikiran visual dari perspektif pembelajaran lukisan yang meletakkan definisi pemikiran visual ialah satu proses mengambil konsep visual menjadi hasil berbentuk fizikal dan terjemahannya melalui lukisan.



 

DSV DALAM KSSR


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. KSSR menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
 

Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.


ORGANISASI KANDUNGAN KSSR DUNIA SENI VISUAL
 

Kurikulum Dunia Seni Visual sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu;

1.    Menggambar

2.    Membuat Corak Dan Rekaan

3.    Membentuk Dan Membuat Binaan

4.    Mengenal Kraf Tradisional.
 

Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu;

1.    Persepsi Estetik

2.    Aplikasi Seni

3.    Ekspresi Kreatif

4.    Apresiasi Seni.
 

Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standad kandungan.

 

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.
 

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI

Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
 

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF

Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
 

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL

Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

 

PENGERTIAN PERSEPSI ESTETIK

Antara definisi persepsi yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah yang terkenal ialah;

1.    Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir. Tahap kedua adalah logik. Persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Ringkasnya persepsi menentukan logik - Edward, 1969.  

2.    Persepsi adalah satu set proses di mana kita mengiktiraf, mengorganisasikan dan memberi makna kepada rangsangan yang diterima daripada alam persekitaran - Sternberg, 1996. 

3.    Persepsi ialah sebarang pengalaman yang diperoleh daripada pancaindera kita setelah ia diorganisasikan -Brenman, 1991. 

4.    Persepsi adalah proses minda yang membantu kita memilih rangsangan dan isyarat untuk diberi perhatian – Nahavandi dan Malekzadeh 1998. 

Konsep persepsi secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu empirikal dan rasionalis. Definisi-definisi yang diberikan di atas adalah gabungan dua aliran itu. Aliran empirikal merujuk kepada cara memahami pembentukan persepsi dengan cara pemerhatian manakala aliran rasionalis merujuk kepada cara pemahaman yang lebih berdasarkan olahan minda. Persoalan bagi menghuraikan konsep persepsi dengan lebih mendalam adalah dengan member jawapan bagi soalan apakah itu persepsi dan bagaimanakah ia dibentuk.

Prinsip semula jadi memainkan peranan penting bagi menghuraikan konsep persepsi. Ia menyarankan pancaindera yang terdapat pada setiap insan tidak kira berapa umurnya akan dipengaruhi oleh persepsi visual. Prinsip ini tidak mengambil kira pengalaman yang dilalui oleh insane itu ketika memproses gambaran kerana faktor pengalaman itu tidak berupaya mempengaruhi persepsi visualindividu itu.

Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.

Persepsi Estetik ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran atau tanggapan berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan.
 

PENGERTIAN APLIKASI SENI 

Pengaplikasian seni dalam pengajaran dapat mengelakkan pelajar daripada lesu dan bosan terhadap pelajaran dalam kelas. Seni sangat penting diaplikasikan dalam pengajaran kerana berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif,  berpengetahuan,dan memberi pengalaman yang bererti kepada pelajar.

Dalam proses mengaplikasikan seni dalam pengajaran kebiasaannya menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dan pelajar..Pelbagai teknik yang digunakan oleh seorang guru dalam memberi kefahaman kepada pelajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan media pengajaran yang bersesuaian dengan isi pembelajaran dan teknik mengajar yang diguna pakai. Media pengajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media cetak. Antara media pengajaran yang digunakan dalam mengaplikasikan seni ialah filem, video, cakera video interaktif, lukisan, carta, kartun, poster, graf, model, boneka, alat paparan,pita audio dan lain-lain. Media pengajaran amat membantu guru. Aplikasi seni dalam pengajaran penting kerana dapat memupuk penghayatan estetika. Dengan mengaplikasikan seni dalam pengajaran seperti pengunaan visual ruang, pelajar akan berkebolehan untuk berfikir dalam tiga dimensi iaitu mengubahsuai imej serta melayari ruang dan menghasilkan maklumat grafik. Pelajar akan melihat dan memerhatikan melalui objek, bentuk warna atau pemandangan yang dipamerkan seperti peta minda, carta, lukisan, warna atau ukiran. Ini akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingat.


PENGERTIAN EKSPRESI KREATIF
 

Ekspresi bermaksud melahirkan perasaan, menyatakan perasaan, atau meluahkan perasaan dan fikiran dengan kata-kata atau gerak-geri. Kreatif pula bermaksud kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Jadi, ekspresi kreatif ialah kebolehan murid menghasilkan hasil seni berdasarkan perasaan atau fikiran mereka secara kreatif.
 

Kreativiti merupakan potensi yang ada dalam diri individu dan ia tidak terhad kepada keupayaan atau kebolehan seni.  Semasa mempelajari seni, kanak-kanak secara langsung dan terancang didedahkan kepada proses kreatif yang menuju kepada pemikiran kreatif dan seterusnya membentuk ciri-ciri kreativiti yang tinggi dalam hasil karya mereka. Aktiviti serta projek seni memberi latihan terarah kepada kanak-kanak untuk melalui proses kreatif secara berperingkat menerusi budaya berfikir. Proses kreatif merangsang budaya pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan tugasan sama ada dalam bentuk permasalahan atau membuat keputusan. Aktiviti seni turut menggalakkan proses eksperimentasi dan penerokaan di kalangan kanak-kanak.

 

PENGERTIAN APRESIASI SENI VISUAL

Jika berhadapan dengan sebuah karya seni rupa tentu akan muncul tanggapan secara visual saat mata mengamati bahagian-bahagiannya. Seterusnya, muncul tanggapan dari dalam diri untuk menilai karya tersebut apakah menarik, mengagumkan, indah, menggetarkan, atau mengharukan. Tanggapan tersebut disebut apresiasi. Apresiasi adalah sikap kepekaan dalam menghargai, mengagumi, dan menilai sebuah karya seni. Apresiasi pasif tumbuh seiring dengan pembiasaan yang sifatnya pasif sampai pada tahap menilai. Adapun apresiasi aktif, iaitu apresiasi pasif yang disertai pembuatan karya.

Apresiasi pasif dapat dilakukan dengan pelbagai cara, mulai dari mengamati gambar atau reproduksi karya seni rupa di buku hingga menghadiri pameran karya seni rupa. Adapun apresiasi aktif terjadi jika ada dorongan untuk berkarya setelah melakukan kegiatan apresiasi pasif.

Untuk melakukan apresiasi aktif, seseorang tidak harus menjadi seorang perupa kerana setiap orang dapat berkreasi sesuai kemampuannya. Para ahli menyatakan bahawa kegiatan kreatif beroleh seni rupa dapat menjadi pelepas jiwa yang tegang. Dengan demikian, berapresiasi aktif dapat menyegarkan kembali suasana batin seseorang.