Muqadimah

Selasa, 3 September 2013

SENI VISUAL


PENGENALAN 

Manusia memerlukan seni untuk memenuhi keperluan rasanya. Melalui seni, manusia memperolehi keindahan. Seni berkembang seiring dengan peradaban manusia serta bersifat universal. Lukisan di dinding gua, muzik sederhana, atau tarian perang merupakan bukti bahawa seni menjadi naluri manusia sejak zaman primitif. Pada abad ke-18, pemahaman mengenai seni di Eropah selalu berkaitan dengan hal yang bersifat indah, halus, dan luhur. Penjelasan rasa indah yang terkandung dalam jiwa setiap manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh indra pendengar ( seni suara), penglihatan( seni lukis ), atau dilahirkan dengan perantara gerak ( seni tari, drama).  Pada perkembangan selanjutnya kata indah dipadankan ertinya dengan mempunyai nilai estetis yang biasa dipergunakan untuk mengaitkan seni dengan alam. Namun, pada perkembangan mutakhir, seni tidak selalu berkenaan dengan kata indah atau keindahan kerana makna, tujuan, proses, dan bentuk seni terus berkembang secara dinamik. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu.  

 

DEFINISI SENI
 

Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Pengertian seni selalu berkembang dari masa ke masa sejalan dengan perkembangan pandangan manusia terhadap seni. Konsep, proses dan bentuk seni sangat beragam dan terus berkembang seiring dengan keperluan manusia. Antara beberapa definisi seni oleh tokoh-tokoh terkenal;
 

a.    Plato, seorang ahli falsafah Yunani yang hidup pada tahun 428-348 SM, menyatakan bahawa seni adalah tiruan alam. Pandangan mengenai seni sebagai imitasi ini berlangsung dominan hingga abad ke-19.
 

b.    Benedetto Croce, seorang ahli falsafah Itali yang hidup pada 1866-1952, menyatakan bahawa seni adalah ungkapan kesan-kesan.
 

c.    Leo Tolstoy, seorang sasterawan Rusia terkemuka yang hidup pada tahun 1928-1910, menyatakan bahawa seni adalah aktiviti manusia menghasilkan sesuatu yang indah.
 

d.    Susanne K. Langer, seorang ahli falsafah Amerika, menyatakan bahawa seni dapat diertikan sebagai kegiatan menciptakan bentuk-bentuk yang dapat dimengerti atau dipersepsi yang mengungkapkan perasaan manusia.
 

e.    S. Sudjojono, salah seorang pelukis terkemuka Indonesia menyatakan bahawa seni adalah jiwa tampak. 

Berdasarkan pengertian seni tersebut, dapat disimpulkan bahawa seni merupakan saranan komunikasi perasaan dan pangalaman batin seseorang kepada kelompok masyarakatnya dalam rangka memenuhi keperluan pribadinya. Selain itu, dapat disimpulkan bahawa dalam seni terdapat aspek-aspek berikut:

a.    Aspek manusia sebagai pembuat dan pemikat. 

b.    Aspek karya yang dikreasikan beserta gagasan yang ada di dalamnya. 

c.    Aspek komunikasi.

SIFAT DASAR SENI

Untuk memahami apa dan bagaimana seni, terlebih dahulu harus ditelaah sifat-sifat dasar yang terkandung dalam seni, iaitu sebagai berikut;

a.    Seni Bersifat Kreatif -  Sifat kreatif dalam seni tercermin pada penciptaan hal-hal baru yang tidak dikenal sebelumnya. Dorongan kreatif dengan menciptakan karya baru yang menghadirkan realiti baru merupakan tujuan para seniman.
 

b.    Seni Bercorak Individualistik - Seni dihasilkan oleh seorang seniman dan karyanya bersifat individualistik.
 

c.    Seni Bersifat Ekspresif - Emosi yang berasal dari pengalaman hidup seorang seniman terpancar pada karyanya. Getaran yang dirasakan oleh apresiator saat menikmati sebuah karya seni merupakan ungkapan emosi. Ertinya, seni menyangkut ekspresi perasaan pembuat dan apresiatornya.
 

d.    Seni Bersifat Abadi - karya seni yang dibuat bersifat abadi meskipun penciptanya sudah meninggal. Dengan demikian, jika karya seni rosak atau hancur, nilai keabadiannya tetap terjaga.

e.    Seni Bersifat Universal - Seni hadir dalam berbagai bentuk dalam masyarakat apapun sepanjang zaman. Manusia primitif yang terkebelakang pun mampu mengembangkan seni sebagai bahasa komunikasi antara sesamanya.

SENI VISUAL

Seni visual membabitkan penggunaan bentuk objek dan imej yang paling kompleks iaitu sesuatu yang sangat rumit, sulit, tidak mudah atau jelas dan mengandungi berbagai­-bagai unsur atau perkara. Membina pengertian yang bijak daripada bentuk tersebut memerlukan masa, fokus, usaha dan pemikiran serta maklumat daripada apa yang diperlukan dari bahan yang kita hadapi dalam dunia hari-hari.

Seni visual adalah sesuatu hasil atau ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Seni Visual merupakan satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Hasil atau karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.Seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.
 

Cabaran bagi guru seni visual adalah cuba membuat persediaan yang boleh membangkitkan proses pembelajaran visual, meskipun Nampak jelas, namun perlu menyedari bahawa tidak semua seni itu sama. Yang nyata ialah objek yang dilonggokkan sebagai seni itu adalah sebenarnya pelbagai daripada segi kandungan, tahap kesamaran, niat atau hasrat, gaya, bahan antara lain. Sesetengah seni itu menceritakan sesuatu yang agak langsung melalui representasi mudah difahami, atau dikenali. Yang lain menyatakan sesuatu yang distailisasi atau diidealisi, semuanya untuk sebab yang berbeza. Ada juga yang terus menggunakan imej abstrak, mengandungi maklumat yang berlapis dan penuh simbolik, berbanding dengan hanya menyatakan corak yang menarik. Ringkasnya, ada imej yang provokatif dan ada yang hanya dekoratif. 

Bentuk seni yang berbagai tentulah memerlukan daya kefahaman yang berbeza bagi menyelami maknanya. Begitu juga, tahap kesamaran turut berbeza. Hasrat yang ingin disampingkan kadang-kadang nyata dan ada kalanya tidak. Apa yang jelas dalam satu kebudayaan atau yang wujud pada satu masa mungkin tidak pada masa yang lain. Terdapat juga makna, malah tujuan kebanyakan seni, terutama seni yang lampau, adalah spekulatif dan tertakluk kepada berbagai interprestasi yang dapat difahami hanya oleh mereka yang bertahun-tahun belajar.  

Duncum (2004) menyebut pandangan Parsons (1994) yang menganggap mod komunikasi selain dari imej adalah bertentangan dengan asas saranan mengenai pendidikan seni visual. Dikaitkan dengan sejarah, bermula seawal-awal 1960-an pendidikan seni visual telah pun diberi justifikasi dan anjuran sebagai mata pelajaran di sekolah atas dasar sifatnya yang unik dan eksklusif. Makna yang disampaikan oleh manusia melalui seni visual telah diterima sebagai tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan bentuk komunikasi yang lain.
 
           Eisner (1972) mendakwa bahawa seni visual menawarkan domain pengalaman yang unik dari segi cara kandungan, dan dengan itu mempunyai logik yang tersendiri. Kelainan ciri visual menuntut kepada justifikasi yang hanya bergantung kepada kualiti visual yang instrinsik. Apabila satu bentuk seni berpindah dari satu budaya ke satu budaya yang lain, ia melibatkan bukan sekadar perubahan ruang dan masa, malah menuntut sistem penterjemahan yang membabitkan proses kreatif supaya maksud asal tidak berubah begitu jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan