Muqadimah

Selasa, 3 September 2013

PENGAJARAN MEMBENTUK DAN MEMBINA

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi.  Bidang ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini juga member peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.  Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Bidang ini bertujuan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan.
 

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan dan alat. Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan seperti tanah liat,tepung, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan, antaranya ialah:

i.     Teknik Picitan
ii.    TeknikLipatan
iii.   Teknik Potongan
iv.   Teknik Cantuman
v.    Teknik Pembungkusan
vi.   Teknik Guntingan
 

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

i.     Arca timbul
ii.    Asemblaj
iii.   Mobail
iv.   Stabail
v.    Model
vi.   Diorama
vii.  Boneka
viii.Topeng
ix.   Origami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan