Muqadimah

Selasa, 3 September 2013

PENGAJARAN MERANGSANG PEMIKIRAN VISUAL


Pemikiran visual merupakan satu corak pemikiran yang dirangsang melalui pemerhatian ke atas sesuatu visual. Murid-murid akan membuat apresiasi (tafsiran) masing-masing terhadap gambaran yang diberikan kepada mereka berdasarkan apa yang mereka ketahui dan lalui. Pemikiran visual membenarkan pelajar untuk meneroka maklumat atau mesej yang ingin disampaikan mengikut perspektif pemikiran masing-masing. Semasa proses apresiasi, peranan guru sangat penting dalam mencorak pemikiran murid.  

Guru perlu berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti murid dengan memupuk pemikiran visual menerusi galakkan dan melazimkan murid dengan apresiasi terhadap karya-karya lain yang bersesuaian. Guru tidak boleh sama sekali memberi kritikan negatif kepada murid. Kritikan negatif akan menurunkan motivasi dan melemahkan emosi murid.
 

Dalam teori model 4 Kuadran otak, Ned Hermann (1986) telah membahagikan otak manusia menjadi 4mpat kuadran pilihan berpikir iaitu Belahan Otak Kiri (A), Sistem Limbik Kiri (B), Sistem Limbik Kanan (C), dan Belahan Otak Kanan (D). Setiap kuadran memiliki pilihan berfikir (thinking preferences) yang berbeza. Cara fikir Kuandran D adalah  untuk pemikiran visual, menyeluruh, intuisi, inovatif, konseptual, dan imaginative.
 
Teori Model 4 Kuadran Otak
 
DEFINISI PEMIKIRAN VISUAL ( VISUAL THINKING)
 
 
1.     Menurut Zhukovskiy V. I. & Pivovarov D. V. (2008), pemikiran visual merupakan salah satu bentuk pemikiran yang tidak verbal (hasil buah fikiran yang tidak mampu ditakrifkan dengan tepat melalui kata-kata) yang membolehkan sesorang individu melihat sesuatu yang berbentuk abstrak dan kemudiannya menjadi suatu terjemahan yang bersifat ilmiah.

 
2.    Arnheim (1969) dan Goodman (1968), kedua-dua menegaskan tentang kelainan domain pemikiran yang menuntut kepada bentuk ekspresi yang berbeza dalam aktiviti seni.  Pemikir-pemikir bersepakat dalam menyatakan betapa tidak mungkin bagi seseorang memindahkan pemikiran dari satu bentuk kepada bentuk yang lain tanpa distorsi. Bagi Arnheim dan Goodman, pemikiran visual dan verbal meskipun sama tetapi ada kelainan.
 
3.   Sword L.K. (2005), mendefinisikan pemikiran visual menggunakan gambar, warna, unsur-unsur abstrak, gambarajah dan sebagainya. Maklumat yang saling berkaitan akan diperolehi daripada pemerhatian ke atas sesuatu gambar atau visual.
 
4. Gardner (1983) menjelaskan kefungsian seni hampir menyamai pemikiran yang sebelumnya, teori pelbagai kecerdasannya yang terbukti berfaedah kepada para guru seni mampu menawarkan sokongan dalam menyediakan justifikasi terhadap kesamaan seni, meskipun juga menekankan adanya aspek kelainan dari segi pemikiran dan komunikasi dalam penglibatan.
 
5. Mike Bradshaw (2002) membuat takrifan pemikiran visual dari perspektif pembelajaran lukisan yang meletakkan definisi pemikiran visual ialah satu proses mengambil konsep visual menjadi hasil berbentuk fizikal dan terjemahannya melalui lukisan.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan