Muqadimah

Selasa, 3 September 2013

TEORI SENI - KESIMPULAN


Tujuh teori yang dibincangkan ialah
1. teori konstruktivisme
2. teori behaviorisme
3. teori kecerdasan pelbagai
4. teori pendekatan kognitif-perkembangan
5. teori pembelajaran / persekitaran
6. teori sosio-konstruktivisme
7. teori personalitI.
Teori ini boleh diaplikasikan pada semua mata pelajaran. Teori ini juga boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kesemua teori ini berasaskan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berlaku adalah hasil daripada pengalaman baru yang dialami. Akibat daripada pembelajaran tersebut seseorang murid akan menghadapai situasi yang berlainan daripada sebelum pembelajaran itu berlaku.

Skinner, Thorndike dan ramai lagi berpendapat pembelajaran behaviorisme adalah perilaku yang diperhatikan secara luaran. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat pertalian antara rangsangan dan gerakbalas. Menurut Skinner (1965) apabila terdapat rangsangan dan gerakbalas secara berulang maka akan berlakulah pembelajaran. Manakala Aliran kognitivisme berpendapat manusia adalah sebagai organisma yang mempunyai matlamat dalam tingkahlaku mereka dan sentiasa berinteraksi dengan alam. Mereka menekankan kepada proses-proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.

Setiap individu mendapat hasil dari berfikir dengan menggunakan akal dan atas uasanya sendiri. Penglibatan pelajar dalam aktiviti dan mencari maklumat tanpa kokongan orang lain adalah prisip yang terdapat dalam konstruktivisme..

Dari perbincangan di atas, kesemua teori sesuai di dalam persekitaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dengan memahami sikap serta perlakuan pelajar, guru dapat mengatur aktiviti Pendidikan Seni Visual dengan lebih sesuai untuk memastikan pembelajaran yang maksimum di kalangan anak didik sendiri. Guru juga akan dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih efektif sekiranya guru memahami semua teori yang telah dibincangkan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan