Muqadimah

Isnin, 30 Disember 2013

Ciri-ciri Individu Kreatif oleh Torrance


Marzano (1989) menyatakan kreatif ialah satu proses bertujuan, penyediaan diri yang mencukupi, kerja keras dan disiplin yang tinggi.
 
Pemikiran divergen yang dicadangkan oleh Joy Guildford adalah asas kepada pemikiran kreatif.
 
Pemikiran divergen bertujuan bukan mencari jawapan ‘betul’ atau ‘benar’ tetapi lebih menjurus kepada pemikiran menghasilkan pelbagai idea unik, asli atau idea pelik.

 
Pemikiran divergen adalah pemikran kreatif, menyediakan pelbagai jawapan yang unik. Contohnya, individu divergen akan menyediakan pelbagai jawapan, kemungkinan atau pelan tindakan sebelum atau selepas sesuatu perkara yang dihadapi.
 
Pada 1974, Professor E.P Torrance telah menghasilkan latihan-latihan untuk menguji dan meningkatkan kebolehan kelancaran, keanjalan, keaslian, penghuraian dalam pemikiran divergen Torrance. Latihan ini boleh berfokus kepada satu atau keempat-empat aspek kebolehan.
 
Aspek Kelancaran ialah jumlah idea yang berlainan yang boleh dihasilkan seseorang. Kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza.
 
Aspek Keanjalan ialah pelbagai perbezaan antara idea yang dihasilkan. Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari perspektif yang berlainan serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang berlainan.
 
Aspek Keaslian ialah keaslian atau keunikan idea yang mampu dihasilkan seseorang. Kebolehan menyusun semula maklumat dengan cara yang baru dan berlainan.
 
Aspek Penghuraian ialah bilangan butiran atau perincian yang terkandung dalam idea yang dihasilkan. Penambahbaikan idea agar menjadi lebih baik atau mudah difahami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan