Muqadimah

Isnin, 30 Disember 2013

HALANGAN KREATIVITI


Tabiat dan kebiasaan-kebiasaan kita dalam berfikir dan bertindak balas sejak kita kecil adalah halangan kreativiti paling utama (Davis, 1992).

Individu takut kepada penilaian, penjurian dan kritikan menyebabkan halangan kepada pembentukan idea-idea inovasi, ini berlaku kerana peraturan dan tradisi yang dialami.

Blog emosi adalah halangan yang paling mencabar. Ianya membabitkan perasaan dan sikap. Ianya boleh mengganggu kemampuan untuk berfikir dengan lancar dan fleksibel. Individu akan berfikiran negatif (takut risiko, tidak selesa, suka menilai dan bukannya menjana idea).

Blog budaya sesuatu masyarakat boleh menjadi halangan kreativiti kerana ianya kan menjejaskan pemikiran dan tingkah laku kreatif.

Masyarakat Timur lebih cenderung menjaga aspek-aspek nilai dan tingkah laku berbanding masyarakat Barat.

Adams (1986) menyatakan empat halangan kreativiti iaitu:



Halangan Persepsi:

- Individu membuat andaian sudah tahu sesuatu.
- Stereotyping, melihat apa yang diharapkan sahaja.
- Tidak dapat membezakan masalah.
- Tidak dapat membezakan masalah dari pelbagai perspektif.
- Kecenderungan menetapkan batasan kepada sesuatu masalah.
- Ketepuan minda.

 Halangan Emosi:

- Emosi mengganggu proses pemikiran seseorang
- Perasaan negatif seperti marah, benci, takut, bimbang boleh membunuh idea-idea kreatif.
- Takut akan kesilapan atau kegagalan.
- Terlalu pentingkan kesempurnaan dan akhirnya tidak dapat bertoleransi terhadap ketidakpastian.
- Tidak dapat membezakan reality dan fantasi.

 Halangan Budaya dan Persekitaran

- Terlalu mengikut kepada pantang larang, kepercayaan karut atau taboo.
- Mengekalkan tradisi lebih utama daripada perubahan.
- Menaakul lawan intuisi.
- Tiada humor dalam penyelesaian masalah
- Persekitaran tidak menyokong kreativiti.
- Takut menerima kritikan
-  Kehidupan autokratik

 Halangan Intelektual dan Persekitaran
 - Kurang pengetahuan sedia ada
- Tidak ada fleksibiliti dalan berstrategi.
- Tidak percaya kepada arahan mudah.
- Lemah kemahiran berbahasa untuk menyata dan merekod idea.
- Kurang kebolehan komunikasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan