Muqadimah

Selasa, 31 Disember 2013

PROSES ARTISTIK LAURA H. CHAPMAN

Tiga fasa dalam proses artistic Laura H. Chapman iaitu proses pengwujudan idea, proses perkembangan dan penghalusan idea, dan proses pernyataan dalam medium.
 


1.  PROSES PENGWUJUDAN IDEA

Proses pengwujudan idea menggunakan alam semulajadi dan objek di persekitaran sebagai sumber idea atau ilham. Mengesan dinamik fom, integrasi alam dan kehidupan, unsur seni seperti warna, bentuk, jalinan dan sebagainya sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea atau ilham. Kepelbagaian perasaan seperti suka, takut, sedih, misteri merupakan sumber kepada inspirasi untuk melahirkan idea. Mentafsir alam dengan  jujur untuk mencari nilai dan makna. Pengalaman sedia ada atau pengalaman hidup juga banyak memberi kesan dalam mewujudkan idea. Manusia mempunyai daya fikir yang unik. Dengan sifat unik ini, pelbagai idea kreatif dapat dikembangkan.
 
 
 
2.  PROSES PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA

A. Pemerhatian dan Kajian Visual:
Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak. Daya ekspresi ditingkatkan melalui kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Frank Barron menyatakan artis mempunyai keupayaan yang tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual.

B. Perubahan Cara Kerja:
Artis mempunyai cara bekerja yang berbeza. Cara kerja seperti bertumpu, bercapah, spontan, orientasi tampak, orientasi haptic.

C. Melihat dan Mengamati Cara Artis Bekerja:
Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke peringkat kemahiran media. Meneroka dan membuat percubaab pelbagai kaedah dan teknik.Kualiti bekerja bergantung kepada maklumat dari pengalaman tampak. Bekerja secara tindakan kepuasaan.
 
 
 
 
 
2.  PROSES PERNYATAAN DALAM MEDIUM
 
Eksplorasi alat dan bahan, mengaplikasikan idea kepada medium, menjelaskan idea secara visual, menjelaskan aliran dan tema secara unik, menunjukkan ciri-ciri artistic dan kreativiti.
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan