Muqadimah

Khamis, 27 Februari 2014

KERIS - Tokoh Keris

Pandai Besi yang mahsyur di Malaysia ialah;

a. 1761-1789 : Tok Kaya Kilat
b. 1821-1840 : Lebai Lah (Abdullah)
c. 1811-1822 : Hj. Abad Bahaman Paluh
d. 1912-1930 : Tok Uban Deraman (Pahang)
e. 1896-: Tok Gajah
f. 1921-1936 : Wan Mat Zain (Kelantan)

Ramai Pandai Besi boleh dicari kerana pandai besi adalah golongan penghasil seni kraf namun kita sukar menemui ahli kraf seni. Ini kerana tokoh kraf seni adalah orang yang mampu menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai intelektual. Tokoh kraf seni juga mestilah mampu untuk menterjemahkan karya-karya seni dalam bentuk bahan bacaan, bahan kajian atau bahan intelektual. Salah seorang tokoh ini ialah Dato’ Shahrum bin Yub.




Dato’ Shahrum bin Yub dilahirkan pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu di Pulau Tiga, Tepus dan Tanjung Belanja. Kemudian beliau sambung belajar di Methodist School di Tanjung Malim dan Anderson School di Ipoh dimana beliau memperolehi Overseas School Certificate pada 1953 dan Higher School Certificate pada 1956.
Beliau memperolehi ijazah dalam bidang Anthropology dari Universiti of Leeds pada tahun 1960. Beliau tinggal di England dan melakukan kerja sampingan di Muzium British sambil menghadiri kursus Diploma dalam bidang Pengurusan Muzium. Beliau pulang ke tanah air pada tahun 1962 dan dilantik sebagai Kurator Etnologi di Muzium Negara. Pada 1967, beliau menjadi Pengarah Bahagian Muzium dan pada tahun 1972 beliau dilantik menjadi Pengarah Muzium Negara. Beliau bersara pada tahun 1989 tetapi terus member sumbangan kepada Muzium Negara. Pada bulan Mei 1991 beliau dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Kepelancongan.
Beliau dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 1972, Pingat Kesasteria Mangku Negara (KMN) pada 1976, Pingat Setia Mahkota Selangor (SMS) pada 1979, Pingat Johan Mangku Negara (JMN) pada 1980, dan Pingat Darjah Paduka Cura Simanja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Perak pada tahun 1981. Pada tahun 1978 beliau menerima anugerah Ramon Magsaysay Award dan pada tahun 1989 beliau menerima Tun Abdul Razak Foundation Award dan penghargaan dari British Muzium.
 
SUMBANGAN

 Beliau menulis beberapa artikel tentang kebudayaan Melayu yang boleh dibaca dalam Federation Museum Journal dan Arts of Asia. Beliaau juga menulis tiga buah buku iaitu:
1. The Keris and Other Short Weapons, Penerbit Jabatan Muzium Malaysia,1991.
2. Mata Keris dan Bentuknya, Penerbit Jabatan Muzium Malaysia, 2006.
3. Keris dan Senjata-senjata Pendek, Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka 1967.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan