Muqadimah

Jumaat, 28 Februari 2014

KERIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

            Kali ini saya berkongsi ilmu mengenai keris. Saya bukannya seorang yang berpengalaman dalam bidang keris. Saya cuma ingin berkongsi pengetahuan agar ilmu yang saya tahu ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Sebarang kesalahan dalam fakta atau pandangan yang saya beri, harap anda memberi teguran. Yang baik daripada-Nya, yang salah itu adalah kelemahan saya.


Kita masih lagi mengagungkan kesenian orang lain. Kesenian, hasil kerja tangan dari akar umbi kita masih terlalu banyak tidak dikaji. Keris adalah salah satu contoh terbaik kerana mempunyai keindahan kesenian yang tidak terdapat pada bahan lain.
Dalam perkembangan mutakhir akibat dari berbagai-bagai faktor seperti keadaan geografi dan pengaruh lingkungan alam semulajadi Malaysia, timbullah perbezaan bentuk dan fungsinya. Satu lagi factor yang paling menekan dan ianya terus pupus dan sekiranya dibuat, bukan lagi digunakan sebagai fungsi asal, tetapi memadai ianya untuk kegunaan sebagai alat adat istiadat atau sebagai hadiah dan perhiasan sahaja.
Penekanan yang lebih mendalam perlu diberi kepada generasi baharu yang meminati atau cenderung kepada keris. Mereka mesti tahu bagaimana hendak mendapatkan bahan dan tempat rujukan. Rujukan mesti setempat atau tempat asal keris dan sumber atau bahan boleh datang dari luar tetapi janganlah kita terpengaruh dengan cerita dan gaya bahasanya seperti bahan dan sarjana dari barat. Jangan terpengaruh dengan cerita yang kaku dan karut.
Bagi mengembali atau meletakkan keris di tempat yang sewajarnya aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel dan syarahan mengenai keris perlu diadakan dari semasa ke semasa. Kumpulan sasar yang perlu diberi perhatian ialah pelajar-pelajar, belia-belia dan para guru serta masyarakat umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan