Muqadimah

Selasa, 9 September 2014

WARNA

Sejak 30,000 tahun lampau warna telah digunakan oleh masyarakat primitive. Masyarakat terdahulu atau primitive melukis pada diinding-dinding gua. Warna digunakan dan ini dapat dilihat melalui inggalan lukisan gua. Antaranya ialah lukisan gua di Lascaux, La Ferrasie dan Gua Chauvet di Perancis.


Masyarakat Mesir adalah manusia awal menggunakan warna. Mereka menggunakan warna untuk upacara mistik dan perubatan purba bagi menyembuhkan penyakit. Mereka menggunakan tanah sebagai medium untuk menghasilkan warna. Warna yang terhasil melalui tanah ialah merah, kuning dan jingga. Masyarakat Mesir juga berjaya mencipta warna “Blue Frit” kira-kira 5000 tahun yang lampau menggunakan pengisaran turun rumput biru.

Plato juga pernah memperkatakan tetang warna, Beliau mendapati bahawa apabila warna dicampur akan mendapatkan warna ketiga.

SEJARAH WARNA

Warna sejak dahulu kala merupakan sesuatu yang sangat mempesona didalam sejarah kebudayaan manusia. Hampir disetiap daerah telah menghasilkan berbagai pewarna atau pigmen warna berdasarkan sumber daya yang tersedia pada waktu itu. Warna telah bersama kita selama lebih dari 20,000 Tahun lamanya. Ini terbukti melalui penemuan beberapa lukisan gua beserta artifak kuno lainnya, dan juga lukisan-lukisan Cina kuno dengan warna-warna yang sangat indah, hal ini semakin memperkuat anggapan bahawa warna secara sempurna telah digunakan sejak puluhan ribu tahun yang lalu.

Jumaat, 5 September 2014

BAGAIMANA WARNA DIHASILKAN?


Warna dihasilkan melalui dua kaedah iaitu;

i. Pewarnaan sintetik
ii. Pewarnaan semula jadi

Pada era zaman moden warna dihasilkan melalui campuran bahan kimia yang juga dikenali pewarnaan sintetik. Pewarnaan semulajadi pula ialah penghasilan warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi.