Muqadimah

Jumaat, 5 September 2014

BAGAIMANA WARNA DIHASILKAN?


Warna dihasilkan melalui dua kaedah iaitu;

i. Pewarnaan sintetik
ii. Pewarnaan semula jadi

Pada era zaman moden warna dihasilkan melalui campuran bahan kimia yang juga dikenali pewarnaan sintetik. Pewarnaan semulajadi pula ialah penghasilan warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi.

Bahan-bahan semulajadi adalah seperti tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari daun-daun seperti daun kari, mangga, nangka, kandis, kuinin, helikonia, pandan, halban, nam-nam, sentul, tembakau, sitam dan senduduk digunakan dan bahagian-bahagian tumbuhan lain seperti biji rambutan hantu, kulit kayu bakau, kulit mengkudu, bunga, akar, kulit, buah dan sebagainya.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia pada 2006 mendapati sebanyak 18 warna berjaya dikeluarkan dari daun cempedak dan gajus melalui kaedah rebusan manakala sebanyak 33 warna berjaya dikeluarkan dari daun kapal terbang dan kari. (http://pkkmkelantan.blogspot.com/2010/11/kajian-penghasilan-warna-dari-sumber.html )

Masyarakat pribumi Sabah seperti Bajau, Murut, Lundayeh, Iranum, Kadazandusun dan Rungus menghasilkan warna melalui sumber alam semulajadi yang terdapat disekeliling mereka seperti kulit kayu, daun, buah-buahan, biji-biji buah, lumpur, arang dan sebagainya. Teknik penghasilan warna sumber alam semulajadi ini melalui teknik rebusan,rendaman, perapaan, gosokan, sapuan dan sebagainya. Penghasilan warna ini mengambil masa berdasarkan keupayaan penghasilnya.

Pada zaman moden ini, warna dihasilkan secara campuran bahan kimia. Sukar untuk saya jelaskan kerana ia melibatkan campuran-campuran kimia. Pening dan memeningkan, apa yang pasti campuran bahan kimia akan menghasilkan warna. Anda boleh rujuk link ini untuk memahaminya ( http://www.slideshare.net/ditaissriza/reaksi-reaksi-kimia ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan