Muqadimah

Selasa, 9 September 2014

WARNA

Sejak 30,000 tahun lampau warna telah digunakan oleh masyarakat primitive. Masyarakat terdahulu atau primitive melukis pada diinding-dinding gua. Warna digunakan dan ini dapat dilihat melalui inggalan lukisan gua. Antaranya ialah lukisan gua di Lascaux, La Ferrasie dan Gua Chauvet di Perancis.


Masyarakat Mesir adalah manusia awal menggunakan warna. Mereka menggunakan warna untuk upacara mistik dan perubatan purba bagi menyembuhkan penyakit. Mereka menggunakan tanah sebagai medium untuk menghasilkan warna. Warna yang terhasil melalui tanah ialah merah, kuning dan jingga. Masyarakat Mesir juga berjaya mencipta warna “Blue Frit” kira-kira 5000 tahun yang lampau menggunakan pengisaran turun rumput biru.

Plato juga pernah memperkatakan tetang warna, Beliau mendapati bahawa apabila warna dicampur akan mendapatkan warna ketiga.
Sumber Warna Adalah Dari Cahaya.
Dalam tahun 1660, Isaac Newton (1642-1726) telah menemui pecahan warna cahaya. Pecahan warna cahaya juga dikenali sebagai warna spectrum atau warna pelangi. Pecahan warna cahaya ini diperolehi melalui kanta tiga segi yang ditembusi cahaya. Melalui penemuan ini, kajian-kajian berkaitan dengan warna terus dijalankan oleh sainstis sehingga kini.


Warna-warna yang dijumpai itu telah menghasilkan The Circle Hue atau Roda Warna Hue Newton. Beliau telah menandakan warna merah direkodkan sebagai C, jingga sebagai D, kuning sebagai E, Hijau sebagai F, Biru sebagai G, Biru Ungu sebagai A, dan ungu sebagai B. Sekitar tahun 1731, J.C. Le Blon menemui asas warna berdasarkan pigmen warna iaitu merah, kuning, dan biru dan berjaya mencampurkan warna hingga mencipta oren, hijau, dan ungu, penemuan ini adalah titik tolak kepada teori pigmen warna yang kita gunakan dalam campuran warna sekarang.

Morris Harris dalam bukunya yang bertajuk The Natural System of Colours, menjelaskan mengenai tiga warna utama dan meletakkan kajian warna lebih sempurna yang menjadi ikutan kepada pengkaji-pengkaji warna pigmen hingga kini.

Roda warna atau THE ARTISTS' COLOUR WHEEL telah diperkenalkan oleh Johannes Itten memberi impak sebagai bahan rujukan buku-buku berkaitan seni visual di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan