Muqadimah

Selasa, 25 Ogos 2015

ISU PERKAUMAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar berkongsi pengetahuan mengenai isu perkauman. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu PELBAGAI BANGSA dan PUAK, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH ADALAH ORANG YG PALING BERTAKWA ANTARA KAMU (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). – al hujurat 13.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Kepentingan dan Fungsi Konsep 1Malaysia dalam Usaha Membina Negara dalam Pelbagai Dimensi Mencakupi Politik, Ekonomi dan Sosial.


1.0 PENDAHULUAN

 Sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak lantas memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia. Walaupun slogan itu kini menjadi sebutan, namun ramai yang masih kabur dalam memahami dan menghayati falsafah sebenar di sebaliknya.

 Gagasan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah satu falsafah induk yang merentas dasar dan pelaksanaan. Matlamat akhir 1 Malaysia adalah perpaduan nasional yang telah menjadi matlamat kebangsaan secara berterusan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun dahulu(1) .

TEKNOLOGI KOMPUTER MEMBANTU PENGAJARAN DALAM BILIK DARJAH

1.0 PENGENALAN
 

Adakah teknologi komputer dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah? Jawapan daripada saya ialah ya, dapat membantu. Kenapa teknologi komputer dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran? Teknologi komputer sangat membantu guru dari segi pengajaran dan membantu murid dari sudut pembelajaran.

Dalam dunia serba moden kini, peranan guru semakin mencabar. Guru dituntut untuk membina modal insan yang berkualiti. Guru dituntut agar dapat membimbing dan mengajar murid dengan cemerlang.

Ahad, 2 Ogos 2015

PERANAN SENI LUKIS DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Seni Lukis juga penting dalam pembangunan negara. Ini kerana melalui seni lukis dapat mewujudkan satu identiti kebangsaan, seni lukis juga merupakan wadah pembentukan budaya nasional, seni lukis dapat menyalurkan fikiran dan idea budaya bangsa, dapat melambangkan masyarakat Malaysia. Melalui seni lukis juga nilai-nilai budaya Malaysia akan dapat tersebar luas. Melalui seni lukis dapat mencerminkan kehidupan masyarakat, dapat memberi pedoman dan iktibar, kelemahan masyarakat dapat diketengahkan. Unsur-unsur yang diketengahkan melalui seni lukis dapat memajukan masyarakat.

SENI LUKIS DAPAT MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Dalam masyarakat, wujud unsur-unsur jati diri budaya bangsa. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau, Orang Asli, dan bangsa-bangsa lain. Terdapat dua kumpulan masyarakat iaitu masyarakat majoriti dan minoriti. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai latar belakang kebudayaan, kepercayaan dan adat istiadat yang berbeza-beza. Cabaran paling besar dalam negara berbilang kaum adalah perpaduan. Perpaduan kaum hanya dapat dikekalkan melalui jalinan mesra budaya kebangsaan. Ini dapat menghindarkan perasaan buruk sangka antara kaum dikalangan rakyat sama ada berdasarkan agama dan kepercayaan, bangsa dan warna kulit, bahasa dan kebudayaan penduduk Malaysia.

SUMBANGAN SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK


Seni lukis sangat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Ini kita dapat lihat pada buku-buku yang terdapat di pasaran sama ada buku teks, buku latihan mahupun sebarang buku yang berkaitan untuk kanak-kanak pasti ada ilustrasi. Bukan sahaja buku malahan bahan bantu mengajar untuk murid-murid sekolah rendah mesti mempunyai ilustrasi. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian mereka.

 

Tokoh Seni Lukis di Malaysia


Terdapat ramai tokoh seni lukis di Malaysia bermula dari zaman sebelum merdeka sehingga sekarang. Diantara tokoh-tokoh seni lukis ialah Peter Harris, Tay Hooi Keat, Lee Joo For, Kuo Ju Ping,  Dato’ Syed Ahmad Jamal, Sulaiman Esa, Datuk Ibrahim Hussein, Abdul Muthalib Musa, Khalil Ibrahim dan lain-lain.

Perkembangan Seni Lukis Bangsa Cina


Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa.Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.

Perkembangan Seni Lukis Bangsa Melayu


Tidak ramai pelukis-pelukis Melayu Malaya yang aktif pada tahun 1930an dan 1940-an.Seorang pelukis yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah Penang Free School. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat Melayu yang kuat berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa.Pelukis-pelukis Melayu yang terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris, kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.

SEJARAH SENI LUKIS DI MALAYSIA


Sejarah seni lukis di Malaysia telah bermula sekian lama. Ini dapat dilihat melalui sejarah pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna.Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah.Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

AKTIVITI SENI KANAK-KANAK

Perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmacher (1998), mengkategorikan aktiviti seni mengikut peringkat umur. Proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu, di mana setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulangan dan berterusan dalam karya seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan mereka dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka.

Bagaimana Kreativiti Bermula Kepada Kanak-Kanak

Tabiat ingin tahu adalah suatu kuasa tanda tanya yang sangat besar kepada kanak-kanak. Kanak-kanak menjadi cenderung ingin tahu, berfikiran terbuka dan sangat kreatif dalam memikirkan sesuatu perkara yang ia ingin tahu. Sudah menjadi lumrah, dunia kanak-kanak sentiasa diwarnai dengan alam penuh keseronokan dan mereka memang gemar bermain.

HUBUNGAN KREATIVITI DENGAN KANAK-KANAK


Seni lukis dan kreatif adalah seiring. Kreativiti sering dikaitkan dengan seni lukis. Apakah yang dimaksudkan dengan kreatif? Kreatif adalah semua tentang imaginasi individu itu untuk membuat perkara-perkara baru. Kreatif datang dengan idea-idea baru.Semua orang adalah kreatif.Pemikiran kreatif mengambil masa untuk menjadi amalan. Kreativiti banyak memberi keseronokan kepada individu tersebut.

HUBUNGAN SENI DENGAN PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK

Apakah perkaitan perkembangan otak dengan bidang seni lukis?. Perkembangan otak kanak-kanak akan terus berlaku. Saiz otak kanak-kanak adalah 90% seperti otak orang dewasa ketika berusia 8 tahun. Fungsi otak kanak-kanak terus berkembang dan kanak-kanak memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan sepanjang sesi persekolahan.