Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

AKTIVITI SENI KANAK-KANAK

Perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur. Schirmacher (1998), mengkategorikan aktiviti seni mengikut peringkat umur. Proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu, di mana setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulangan dan berterusan dalam karya seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan mereka dalam ekspresi artistik selalunya jelas berdasarkan kematangan usia mereka.





Umur
Aktiviti
 
2-3 Tahun
 
Menconteng, melukis, menyanyi dan bermain
 
 
4-5 Tahun
 
 
Melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.
 
6-7 Tahun
 
Drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi.
 
 
8-9 Tahun
 
Bercerita, permainan dan pakaian beragam.
 
 
10-11 Tahun
 
Visualisasi, numerasi, dan litearsi.
 
 
12-13 Tahun
 
Mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif
 



Berdasarkan jadual ini, didapati proses perkembangan kanak-kanak berubah berdasarkan peringkat umur. Gesell (1880-1961) menyatakan terdapatnya perkembangan kanak-kanak yang berbeza mengikut peringkat-peringkat yang tertentu. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri yang khusus yang membezakan peringkat tersebut dengan peringkat yang lain. Berdasarkan jadual ini juga, jelas sekali bahawa perkembangan kanak-kanak bermula dengan aktiviti melukis.

 

Menurut Teori Perkembangan Artistik yang dipelopori oleh Hurwitz dan Day membahagikan artistik kepada tiga peringkat iaitu peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak iaitu ketika berumur 2 hingga 4 tahun, peringkat membuat simbol iaitu ketika berumur 6-9 tahun dan peringkat praremaja ketika berumur 10 sehingga 13 tahun. Lihat jadual perkembangan seni lukis dibawah.



 
Peringkat Umur
 
Peringkat Perkembangan
 
 
Peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak (2-4 tahun)
 
 
Kanak-kanak kurang mempunyai kawalan dalam pergerakan tangan mereka. Oleh yang demikian, diperhatikan bahawa lukisan yang dihasilkan tidak terkawal malah mereka selalu menconteng di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai medium seperti krayon dan pensel. Lukisan yang dihasilkan tidak bersifat realistik dan selalunya mereka menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif ini, iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.
 
 
Peringkat membuat simbol (6-9 tahun)
 
 
Kanak-kanak beralih ke peringkat menghasilkan symbol apabila mereka berumur dalam lingkungan enam hingga sembilan tahun). Mereka begitu terpengaruh dengan keadaan di sekeliling mereka.
 
 
Peringkat praremaja (10-13 tahun)
 
 
Pada peringkat umur 10 hingga 13 tahun, kanak-kanak mula melukis figura dalam saiz sebenar atau bersaiz betul. Mereka mula menitik beratkan saiz dalam lukisan yang dihasilkan.
 


Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti.

 


1 ulasan: