Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

Bagaimana Kreativiti Bermula Kepada Kanak-Kanak

Tabiat ingin tahu adalah suatu kuasa tanda tanya yang sangat besar kepada kanak-kanak. Kanak-kanak menjadi cenderung ingin tahu, berfikiran terbuka dan sangat kreatif dalam memikirkan sesuatu perkara yang ia ingin tahu. Sudah menjadi lumrah, dunia kanak-kanak sentiasa diwarnai dengan alam penuh keseronokan dan mereka memang gemar bermain.
Walaupun kanak-kanak memulakan sesi persekolahan pra sekolah, tadika atau sekolah rendah seawal umur empat hingga dua belas tahun mereka terdedah kepada suasana pembelajaran yang baru, kebanyakan mereka tetap aktif bermain. Kanak-kanak boleh bermain tanpa sebarang alatan. Ini kerana mereka sentiasa kreatif. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti yang dilaksanakan. Sepanjang proses bermain, kanak-kanak mencuba dan memanipulasi keadaan bagi meningkatkan kreativiti mereka. Menurut Schirmacher (1998), perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu menerusi aktiviti seni dan aktiviti harian mengikut umur.

1 ulasan: