Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

HUBUNGAN SENI DENGAN PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK

Apakah perkaitan perkembangan otak dengan bidang seni lukis?. Perkembangan otak kanak-kanak akan terus berlaku. Saiz otak kanak-kanak adalah 90% seperti otak orang dewasa ketika berusia 8 tahun. Fungsi otak kanak-kanak terus berkembang dan kanak-kanak memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan sepanjang sesi persekolahan. Menurut (Black,1998) maklumat yang diproses lebih efisien kerana pertambahan ‘myelin’ iaitu dibaluti lemak bagi mempercepatkan penghantaran neuron pada tisu otak dan pertambahan sisipan pada 2 hemisfera otak(1). Minda kanak-kanak mampu menyerap segala yang dilihat dan diterokainya dengan cepat seperti span menyerap air.Minda kanak-kanak dicipta mencari pelbagai maklumat dan pengalaman baru dan ini bermakna mereka sentiasa terdedah kepada ilmu yang menarik dan baharu. Melalui pengalaman yang dilalui inilah kanak-kanak menjadikannya sebagai subjek dalam lukisan mereka.
____________________________________________________________________________
(1) Mohd Sharani bin Ahmad, Psikologi Kanak-Kanak, PTS Profesional, 2004,ms 117

 
 
 
 

 

2 ulasan: