Muqadimah

Selasa, 25 Ogos 2015

ISU PERKAUMAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar berkongsi pengetahuan mengenai isu perkauman. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu PELBAGAI BANGSA dan PUAK, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH ADALAH ORANG YG PALING BERTAKWA ANTARA KAMU (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). – al hujurat 13.

Isu perkauman dalam Islam tidak diakui. Jangan menjadikan isu perkauman untuk merosakkan ekosistem sesama umat Islam malahan penduduk di Malaysia. Allah mencipta manusia bukan untuk berbangga dengan kaumnya. Sedar atau tidak kita berasal dari 1 jasad iaitu daripada Nabi Adam samada Melayu, Cina, India dll. Kita dijadikan Allah bukan untuk bertengkar, bukan untuk berbalah. Kau Cina, kau India, aku melayu…bertengkarlah. Itu kerja bodoh. Aku menjadi Melayu, Kau menjadi Cina, kau menjadi India bukan kerana pilihan kau tetapi kerana Allah yang mencipta kau. Nak buat bagaimana? Ini kurniaan Allah. Ini pemberian asli daripada Allah. Isu perkauman tidak perlu menjadi isu kerana ini milik Allah. Allah berkata orang yang terbaik adalah mereka yang bertakwa. Kita orang Muslim perlu percaya bahawa AKHLAK ORANG MUSLIM adalah AKHLAK TERBAIK DI MUKA BUMI.

Maka apabila kita berakhlak dengan akhlak yang tidak baik, peribadi kita, pergaulan kita, komunikasi kita yang tidak baik maka kita menonjolkan satu pendirian Islam yang salah, perangai Islam yang salah sedangkan kita (saya tidak menggunakan Melayu tetapi muslim) membawa pakaian muslim, kita membawa pendirian muslim, akhlak muslim, perangai muslim tetapi jika orang bukan Islam melihat kita membawa perangai yang buruk, kita yang paling kuat membawa isu perkauman, rasis, mengata orang bukan Islam ini akan menyebabkan orang bukan Islam melihat Islam agama tidak baik. Bagaimana? Sedangkan Islam itu baik tetapi dirosakkan oleh umat Islam yang tidak faham Islam dan prinsip Islam. 

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil. – Al Mumtahanah 8.

Malaysia merupakan negara berbilang kaum/bangsa. Setakat usia saya hidup di bumi Malaysia belum ada lagi mana-mana kaum berperang kerana agama. Jika adapun, golongan ini sudah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan/makhamah. Kita mempunyai pasukan keselamatan yang berkhidmat dibawah Yang di Pertuan Agong, ketua agama di Malaysia. Kita ada PDRM, ATM dan sebagainya.

Jangan kita timbulkan isu perkauman. Lagi sekali diulangi jangan kita timbulkan isu perkauman. Perkauman adalah satu isu sekadar kita sahaja. Jangan menimbulkan isu perkauman untuk merosakkan Malaysia. Kita perlu menerima hakikat bahawa orang Cina, India, dll bangsa selain Melayu yang dilahirkan selepas 31 Ogos 1957 adalah anak jati Malaysia. Tidak perlu menghalau mereka keluar dari bumi ciptaan Allah ini iaitu Tanah Melayu yang kucintai ini selagimana mereka tidak memerangi kita. Tidak salah mereka mengamalkan agama mereka, adat dan budaya mereka, tidak salah mereka mencari rezeki di bumi Allah ini. Terimalah hakikat ini. Terimalah hakikat ini. Buanglah isu perkauman jauh-jauh dari diri kita dan amalkan akhlak muslim sejati.

Semoga memberi manfaat kepada anda semua. Yang baik itu daripada Allah yang lemah itu daripada saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan