Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

Perkembangan Seni Lukis Bangsa Cina


Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa.Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.


Pada mulanya halatuju penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan .Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka.Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya.Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.
 

Pada awal tahun 1950-an, muncul sekumpulan pelukis-pelukis Nanyang yang merupakan golongan artis paling penting dan berpengaruh dalam sejarah seni aliran utama Singapura seperti Cheong Soo Pieng (1917-1983), Chen Chang Swee (1910-1985), Chen Wen His (1906-1991), Georgette Chen (1907-1993) dan lain-lain. Kebanyakan mereka telah didedahkan kepada kesenian Barat dan karya-karya mereka banyak menggunakan cat minyak.

 
Mereka Berjaya menampilkan cirri-ciri pertembungan budaya serta gaya Timur dan Barat dengan subjek-subjek tempatan dalam gaya catan Impresionis,Post Impresionis, dan kiubisme. Mereka telah memperluas skop seni halus yang dahulu hanya dipengaruhi oleh genre catan landskap Romantis Inggeris dalam tradisi William Turner (1775-1851) dan John Constable(1776-1837).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan