Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

Perkembangan Seni Lukis Bangsa Melayu


Tidak ramai pelukis-pelukis Melayu Malaya yang aktif pada tahun 1930an dan 1940-an.Seorang pelukis yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah Penang Free School. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat Melayu yang kuat berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa.Pelukis-pelukis Melayu yang terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris, kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.


 

Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu dibawah Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung. Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukis Cina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC (‘Sultan Idris Traning College’ atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf. Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan.

 

Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhan ini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potret berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameran lukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British Council Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Tun Abdul Razak.Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangat dikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur.

 

Mohammad Hoessein Enas telah membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan lukis potrait dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein Enas semakin diminati. Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpu pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas.Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dengan motto “ Seni dan Masyarakat”. Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak dibawah kelolaan Mohammad Hoessein Enas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan