Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

SEJARAH SENI LUKIS DI MALAYSIA


Sejarah seni lukis di Malaysia telah bermula sekian lama. Ini dapat dilihat melalui sejarah pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna.Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah.Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

 

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable.  Perkembangan ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

 

Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia timur. Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi pulau itu.

 

Perkembangan seni lukis moden boleh dikesan pada tahun 1920an semasa kumpulan Penang Impressionist ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat Eropah yang kebanyakannya merupakan surirumah bangsa Inggeris.Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-pelukis tempatan Pulau Pinang tidak dibenarkan menyertai Penang Impressionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abullah Ariff.Abdullah Arif diterima dalam kumpulan itu kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni diperlukan, manakala Puan Lim pula isteri seorang jutawan yang dapat memberi sokongan kewangan.

 

Pendedahan seni halus Malaysia pada tahun 1930-an dan 1940-an hanya tertumpu pada karyawan disekeliling mereka dan penghasilan rakan seperjuangan. Kebanyakan karya yang dihasilkan tidak menepati piawaian kerana tidak mendapat bimbingan pelukis professional. Selepas perang dunia Kedua, Pulau Pinang muncul sebagai pusat daya tarikan para pelukis. Pelukis-pelukis cat air Pulau Pinang diketahui umum sebagai perintis yang menyarankan sumber-sumber serta asas-asas awal perkembangan seni halus di Malaysia.

 

Namun demikian, alam seni halus Malaysia masih berada dalam keadaan yang suram dan kurang memberangsangkan. Mujurlah kemunculan beberapa kumpulan dan persatuan pelukis telah memberi nafas kepada keadaan yang suram itu. Bergerak secar berkumpulan banyak mendorong pelukis membentuk visi yang serupa, melahirkan karya-karya yang berlandasan dan penuh makna, dan memperkembangkan dunia seni halus di tanah air.Antara persatuan seni lukis yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia ialah Kumpulan Seni Lukis Wednesday, Angkatan Pelukis se-Malaysia, dan Kumpulan Seni Lukis Thursday.

 

Secara ringkasnya sejarah seni lukis di Malaysia boleh dilihat pada jadual di bawah.

 

Tahun
Perkembangan
 
Tahun 1930-an dan 1940-an

 
Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat. Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

 
Tahun 1950-an
 
Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya.
 
 
Tahun 1960-an
 
Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

 
Tahun 1970-an
 
Pelukis seperti Redza Puyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah menjadi ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam lukisan.Karya catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.
 
 
Tahun 1980-an
 
Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat juga pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang berkontekskan Islam
 

 

1 ulasan: