Muqadimah

Ahad, 2 Ogos 2015

Tokoh Seni Lukis di Malaysia


Terdapat ramai tokoh seni lukis di Malaysia bermula dari zaman sebelum merdeka sehingga sekarang. Diantara tokoh-tokoh seni lukis ialah Peter Harris, Tay Hooi Keat, Lee Joo For, Kuo Ju Ping,  Dato’ Syed Ahmad Jamal, Sulaiman Esa, Datuk Ibrahim Hussein, Abdul Muthalib Musa, Khalil Ibrahim dan lain-lain.

 
Peter Harris

 

Peter Harris merupakan pengasas Kumpulan Seni Lukis Wednesday.Beliau dilahirkan di United Kingdom pada tahun 1923.Beliau merupakan ekspatriat lepasan sekolah seni lukis yang bertugas sebagai nazir seni lukis Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1951.Belaiau mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidikan seni lukis di sekolah-sekolah pada tahun 1950-an.

 

Tay Hooi Keat

 

Tay Hooi Keat dilahirkan di Nibong Tebal, Seberang Prai pada tahun 1910.Beliau merupakan pengasas Kumpulan Seni Lukis Thursday. Beliau menerima pendidikan seni secara formal di Camberwell School of Art, England, Intermediate Arts & Craft, London dan GraphicSchool of Art, London. Beliau bertanggungjawab dalam memperkenalkan konsep-konsep seni lukis baru dengan misi mengubah sikap guru-guru seni dan memberi idea baru tentang pengajaran seni lukis di sekolah semasa bertugas sebagai nazir seni lukis sekolah.

 

Sulaiman Esa

Sulaiman Esa dilahirkan pada 12 September 1941 di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Zahrah. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Maktab Inggeris, Johor Bahru pada tahun 1953. Beliau mendapat Biasiswa Negeri Johor dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Hornsey College of Art, London pada tahun 1960 hingga 1966. Pada tahun 1967 beliau menyambung ijazah pasca siswazah dalam bidang cetakan di kolej yang sama. Pada 1974 dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Seni Halus, Institut Teknologi Mara (ITM).

Syed Ahmad Jamal


Syed Ahmad Jamal dilahirkan di Johor pada tahun 1929.Beliau menerima pendidikan seni secara formal di London dan Amerika. Beliau melukis, mengajar,mengelola, menilai, dan menulis serta dapat menjalankan tanggungjawab yang beraneka dengan baik. Pernah memegang jawatan penting dalam pelbagai pergerakan seni lukis.Antaranya ialah menjadi Ketua Jabatan Seni Lukis MPIK, Pengarah Balai Seni Lukis Negara dan sebagainya.

 

Datuk Ibrahim Hussein


Datuk Ibrahim Hussein yang lebih dikenali sebagai Ib merupakan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1936 di Yan, Kedah merupakan pelukis sepenuh masa.

1 ulasan: