Muqadimah

Rabu, 11 November 2015

Wahyu Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 
Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat-Nya kerana mempertemukan aku dengan saudara Edison Casanova di alam maya. Aku terpanggil untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikemukannya dalam entri Apa Jawapan Sekiranya Soalan Pelik Ditanya? Aku bersyukur kerana dengan persoalan-persoalan yang dikemukakannya memberi peluang kepadaku untuk mentelaah kitab al-Quran dan rujukan berkenaan Islam. Ya, baru aku tersedar bahawa persoalan Edison Casanova ini mempunyai perkaitan dengan firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat ke 2 iaitu:

 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata: “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji?

 
Dan aku menganggap persoalan Edison Casanova ini merupakan satu ujian kepadaku untuk memahami agamaku. Ujian ini kelihatan seakan remeh tetapi sukar untuk menjawabnya. Satu persoalan yang mencabar bagiku. Ya, sememangnya Allah sedang mengujiku melalui persoalan Edison Casanova. Dalam al-Quran, surah Al Maidah ayat ke 48, Allah berfirman ;